Senin, 01 Desember 2014

 ini postingan tentang archer fate/stay night......


 Archer merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan anime Jepang  oleh TYPE-MOON.
Dia merupakan seorang Servant kepada salah satu protagonis utama siri ini, iaitu Rin Tōsaka. Di atas kecuaian Rin, penyeruan Archer tidak lengkap. Akibatnya, dia tidak mengingati memori kehidupannya mahupun identitinya sendiri. Archer bersikap sinis, namun disebalik sikapnya ini terdapat suatu personaliti penuh kompleks yang akan terdedah sepanjang kisah Fate/stay night. Meskipun terlatih dengan senjata-senjata jarak jauh, dia juga mampu bertarung menggunakan senjata jarak dekat (mêlée). Archer menganggap idealisme Shirō Emiya lemah dan penuh delusi, dan mempercayai bahawa mentaliti Shirō untuk "menyelamatkan semua orang" sebagai sesuatu yang naif dan mustahil.